ARIEL PETERPAN diiringi oleh polis keluar dari pekarangan Mahkamah Daerah Bandung selepas dijatuhi hukuman semalam.


BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.


LUNA MAYA


Mendengar keputusan itu, beberapa peminat wanita Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Januari lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap penyanyi itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Nora bukan dalang

Fasha Sandha dan Jejai Rizal Ashram Ramli putus cinta, Nora Danish Fasha Sandha Jejai Rizal Ashram Ramli putus cinta,
KINI HANYA KENANGAN…Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Saga FL lebih sporty

SYED Zainal Abidin  (kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran   PROTON, Abdul Sidek Abdullah ketika memperkenalkan model Saga FL di  Shah Alam, semalam.
SYED Zainal Abidin (kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran PROTON, Abdul Sidek Abdullah ketika memperkenalkan model Saga FL di Shah Alam, semalam.

Perubahan reka bentuk luar, lebih bergaya dan berjiwa muda

PROTON Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan Saga FL yang ditampilkan dengan reka bentuk lebih bergaya dan dinamik untuk meneruskan kejayaan model sedan popularnya itu yang dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu.

Penggayaan semula model itu membabitkan perubahan reka bentuk luarnya yang lebih bergaya, terkini, sporty dan berjiwa muda bagi membolehkannya terus menarik perhatian pembeli muda.

Saga versi baru yang ditampilkan dalam dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive, masing-masing dengan transmisi automatik dan manual itu dijual pada harga antara RM1,000 dan RM1,300 lebih tinggi daripada versi terdahulu.

Harga bagi varian 1.3 Standard manual adalah RM37,998 seunit, manakala 1.3 Standard automatik pada RM40,998.

Varian 1.3 Executive manual pula dijual pada harga RM40,698, manakala 1.3 Executive automatik pada RM43,298 seunit.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata penghasilan Saga FL itu menggambarkan falsafah perniagaan baru PROTON iaitu memberikan kepuasan kepada pengguna dengan sentiasa menghasilkan model terbaru yang lebih baik.
“Sambutan luar biasa terhadap Saga versi sedia ada mendorong kami untuk lebih bersemangat menjadikan model yang sudah sedia baik itu menjadi lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran Saga FL baru di Shah Alam, semalam.

Syed Zainal Abidin berkata, PROTON menyasarkan menjual 6,500 unit model itu sebulan.

Katanya, sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga terus melonjakkan kedudukannya untuk menjadi kereta kedua paling laris di Malaysia dengan purata jualan 6,200 unit sebulan.

“Sehingga Oktober lalu, kami sudah menjual 204,150 unit Saga,” katanya. sambil menjelaskan, jualan Saga FL baru sebanyak 6,500 unit sebulan itu membolehkan PROTON mencapai sasaran jualan 75,100 unit keretanya dalam tahun kewangan 2010/11.

Saga FL didatangkan dalam enam pilihan warna.


Aksi bogel Mimi tersebar

Aksi Bogel Mimi One Nation Emcees, Shamimi Amalina Norhisham,  Mimi Bogel, Klip 3GP Mimi One Nation Emcees,


APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!

Namun, itu sebenarnya adalah antara karakter lakonan sulung Mimi menerusi filem berjudul, Klip 3GP.

Ia merupakan suatu perkembangan terbaru buat Mimi yang sebelum ini lebih terhad dikenali hanya sebagai vokalis One Nation Emcees.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Mimi boleh terjerumus untuk menjadi pelakon bagi watak yang boleh dikatakan agak mencabar itu.

Filem tersebut yang dilancarkan baru-baru ini di Damansara, Kuala Lumpur itu merupakan hasil arahan pengarah baru, Aidilfitri Mohamed Yunos yang merupakan salah sebuah penerbitan di bawah program Layar Baru yang diusahakan syarikat penerbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Skripnya pula adalah hasil nukilan pendatang baru, Sofea Aliza.

Filem tersebut menampilkan tiga buah kisah mengenai rakaman video yang sering disalah guna oleh masyarakat kini, dan wartawan jelita, Maya Akhtar adalah salah seorang mangsa yang terkena tempiasnya.

Tolak tawaran

Jelas sekali, sebagai pelakon yang baru terjun ke dalam bidang ini, watak yang dipegang Mimi itu sememangnya amat sukar untuk direalisasikan.

Apa yang menjadi persoalan setelah melihat sedutan yang ditayangkan, lakonan Mimi, 24, sebagai wanita psiko kelihatan seperti pelakon yang sudah lama menapak dalam bidang itu.

Aksi Bogel Mimi One Nation Emcees, Shamimi Amalina Norhisham,  Mimi Bogel, Klip 3GP Mimi One Nation Emcees,


“Sebenarnya semasa mereka menawarkan kepada Mimi watak ini, kami (One Nation Emcees) baru sahaja selesai membuat pertunjukan di Kota Kinabalu, Sabah.

“Sebetulnya juga, Mimi pernah menolak tawaran (berlakon filem) ini sebanyak tiga kali kerana merasakan watak sebagai perempuan psiko ini terlalu berat kerana Mimi bukanlah seorang pelakon,” ujarnya.

Bicaranya lagi, ketiga-tiga tawaran tersebut ditolak kerana masa yang diminta untuk melakukan penggambaran terlalu panjang.

Ini kerana menurut Mimi, dia tidak mahu tempoh penggambaran filem itu mengganggu jadual pertunjukan, rakaman atau segala persiapan yang sedang dilakukan bersama One Nation Emcees.

“Sebelum ini juga, kami baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu, Sabah untuk mengadakan pertunjukan di sana. Sememangnya letih kerana sebelum ini pun jadual kami padat.

“Perancangan awal kami adalah mahu berehat di sana kerana kampung halaman (dua anggota One Nation Emcees) Zydee dan Jojoe juga di sana. Oleh kerana komitmen bersama Klip 3GP, kami terpaksa balik awal,” ujar Mimi yang turut memberitahu Zydee atau nama sebenarnya Mohd. Norzaidi Edris, dan Jojoe (Nur Hasan Baias) turut membuat penampilan istimewa dalam filem itu.

Pelik juga mengapa pihak penerbitan Klip 3P masih mahukan Mimi biarpun selepas tiga kali dia menolak tawaran, padahal Mimi bukanlah pelakon profesional yang telah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan ini.

“Maya Akhtar adalah seorang yang berani, liar dan sosial. Mungkin semasa sesi uji bakat dilakukan, pengarahnya dapat melihat karakter sebegitu dapat digalas oleh saya. Jika diteliti melalui skripnya, ia memang sesuai dilakonkan oleh pendatang baru,” jelas Mimi yang mengakui dia hanya mencuba menjadi pelakon kerana apa yang menjadi keutamaannya ialah untuk bersama One Nation Emcees.


ONE NATION EMCEES masih menjadi keutamaan buat Mimi.

Bercerita lanjut tentang cabaran membawa watak Maya, dia hanya mempunyai masa selama tujuh hari untuk bersiap sedia.

Malah, hal yang paling membimbangkan dirinya adalah aksi ranjang yang dilakonkannya itu. Ini kerana dia tahu tindakan beraninya itu pasti mengundang kontroversi di kalangan penonton dan peminat filem tempatan kelak.

Menjawab persoalan tersebut, Mimi mengakui hakikat sebegitu pastinya berlaku. Ujarnya lagi, jika ia hadir dalam bentuk negatif, dia terpaksa menerimanya kerana apa yang dilemparkan itu adalah perkara yang sudah dilakukannya.

Di samping itu juga Mimi menambah, lakonannya itu adalah perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi.

“Ia sebenarnya merupakan suatu bentuk kesedaran bagi masyarakat di luar sana mengenai perkara yang benar-benar telah berlaku. Mimi ambil itu sebagai suatu pegangan bagi melakonkan watak ini,” jelasnya mengenai babak ranjangnya itu yang turut memperlihatkan dia kelihatan seolah-olah berbogel menerusi salah satu adegan dalam Klip 3GP.

Mimi malah menerima hakikat cabaran semestinya wujud bagi seorang pendatang baru tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.

Menerusi filem tersebut, aksi bogel adalah cabaran terbesar dan agak sukar dilakukan bagi Mimi.

Dikecam

Mengamalkan prinsip tersendiri, secara jujurnya bicara Mimi, aksi berbogel tersebut bukan dilakukan oleh dirinya.

“Sebetulnya, Mimi tidak bogel. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi,” akuinya.

ONE NATION EMCEES kini dianggotai oleh Mimi, Zydee (berdiri kanan) dan Jojoe (depan) selepas Kozae tidak lagi bersama kumpulan tersebut.


Tambahnya, serius: “Perkara yang Mimi tidak boleh hindari, Mimi terpaksa berikan kepada pelakon pengganti. Itu kerana sememangnya Mimi tidak dapat melakukan babak tersebut.”

Seringkali diperhatikan, apabila muncul pelakon yang berani melakonkan aksi kontroversi, pastinya dikecam oleh peminat seni tanah air.

Menurut Mimi, perkara itu turut dirasakan dirinya juga, tetapi mungkin impak ke atas dirinya sedikit kurang kerana dia bukanlah bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon sepenuh masa.

“Mimi ialah seorang penyanyi yang hanya sekali sekala akan ambil tawaran lakonan. Jika mahu kecam, Mimi bukan seorang pelakon yang sememangnya aktif di bidang lakonan.

“Bukan mahu kata Mimi tidak kisah tetapi Mimi mahu orang tahu dalam filem ini, ia bukanlah Mimi yang sebenar. Ia semata-semata mengenai watak yang dilakonkan Mimi,” jelasnya lantang menyuarakan pendapat yang datang daripada benak fikirannya mengenai perkara ini.

Selain itu, Mimi berpendapat, jika melakonkan watak-watak sebegitu, seseorang pelakon itu perlu meletakkan diri mereka ke dalam watak tersebut.

“Barulah ia menjadi lebih senang mahu jayakan watak itu,” tegasnya.

LANGKAWI: Pemenang tempat pertama Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25), Anna Raffali (gambar) sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh abangnya, Harris yang turut dimaklumkan oleh Ana mengenai hubungan istimewa tersebut.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar Online ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.

Menerusi program selama tiga hari itu, Ana telah bertemu peminat-peminatnya di sambil membuat beberapa persembahan.

Sementara itu Ana yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku memberitahu, walaupun sudah agak lama mengenali lelaki tersebut tetapi hubungan mereka masih pada peringkat masih mengenali hati budi masing-masing.

Katanya, lelaki itu memahami kerjayanya sebagai seorang artis serta menyokong setiap aktiviti seni yang dilakukan.

"Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya," katanya.

Sambil berseloroh Ana berkata, tidak salah mereka berkawan tetapi asalkan “jangan pegang-pegang”, merujuk kepada lagu popular duetnya dengan Sohaimi Meor, iaitu lagu Kalau Berpacaran.

Selepas memegang status juara AJL25, dengan menggondol wang tunai RM35,000, Ana berkata kehidupannya masih sama seperti dahulu tetapi berubah dari segi penghargaan daripada mereka yang meminati lagu dan muzik yang diperjuangkan.

"Mencipta lagu adalah minat saya, saya mahu karya saya dekat dengan jiwa mereka yang mendengarnya.

"Selepas menang AJL25 lebih ramai yang nak bergambar dengan saya dan sudi beli album. Peminat di Facebook juga bertambah," katanya yang bersyukur dengan perkembangan itu.

;;