Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab “PeringatanBagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Ihsan dari: http://tazkirah-umum.blogspot.com/

(Artikel lama, dicadangkan untuk bacaan)

Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).


Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.


- Gambar Hiasan

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.


- Gambar Hiasan

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.

Sumber: Dr MAZA

http://drmaza.com/home/?p=805#more-805


Perlawanan FINAL yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan dan Negeri Sembilan sudah berakhir. Dan Negeri Sembilan mencatat kemenangan yang boleh dianggap besar bagi perlawanan akhir. Negeri Sembilan menang bergaya dan bergelar juara dengan jaringan gol 3 berbalas 1 (3-1). Namun di sebalik perlawanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak, ternyata sedikit kekecewaan bagi pasukan Kelantan yang tidak mempamerkan corak permainan yang sebenar. Mereka seolah-olah hilang punca terutamanya di barisan penyerang dan pertahanan. Indra Putra seolah-olah tiada dalam pasukan Kelantan semalam. Dia tidak diberi peluang yang baik untuk membuat penyudahan. Inilah kelemahan formasi yang dibuat oleh jurulatih Kelantan (saya kira lah). Tetapi, Semangat pemain Kelantan tetap utuh walaupun disumbat oleh pihak lawan dengan 3-0. Indra Putra akhir menemui penyudah terbaiknya musim ini. Syabas Indra.....


Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri sembilan

Pemain Negeri Sembilan Menjulang Piala Malaysia buat kali kedua. Tahniah.

Penyokong Kelantan mengamuk ke tu? Jangan ulangi lagi perkara yang tidak baik ini.

gambar kredit.: joegrimjow.com

pic from kosmo.

Emosi yang tidak dapat dikawal gara-gara pasukan impian mengalami kekalahan di FINAL
Bakar mercun merupakan tradisi penyokong Kelantan. Biso puok demo bulih wat masuk bedil dale stadium.




Masjid Wilayah Persekutuan

Latar Belakang

Masjid Wilayah Persekutuan terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur dibina di atas kawasan seluas 13.4 hektar (33 ekar). Masjid ini telah diserahkan kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 4 September 2000.

Masjid ini telah direkabentuk dan diselia sepenuhnya oleh JKR Malaysia. Keluasan masjid adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Masjid empat tingkat ini, mampu menampung sebanyak 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid yang unik dan pelbagai fungsi ini, direkabentuk sebagai pusat keagamaan, pendidikan, dan aktiviti-aktiviti sosial selain sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.

Seni bina masjid ini adalah berdasarkan lukisan semula Masjid Othman yang penuh dengan sejarah kegemilangan pada kurun ke-16. Terdapat 22 kubah termasuklah kubah utama, beberapa kubah-separuh, kubah semi bulat dan dan beberapa kubah kecil. Kubah utama berdiameter 30 meter dengan ketinggian 45 meter dari aras lantai dewan solat utama. Dewan solat utama, dewan serbaguna dan asrama dilengkapi dengan sistem hawa dingin. Masjid ini juga dilengkapi dengan sistem pemadam-kebakaran, perkhidmatan lif ke tingkat 4, dan eskalator yang menghubungkan tingkat 1 dan 3.

Konsep lanskap bagi masjid ini ialah, masjid dalam taman istana yang berunsurkan keislaman. Taman yang menarik, melengkapkan masjid sebagai pusat pendidikan, kajian dan rekreasi. Masjid yang dikelilingi kolam air menimbulkan suasana nyaman, tenteram dan tenang. Kawasan masjid juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dan pancutan air. Pelawat akan tertarik dengan keindahan pelbagai spesis bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sini.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Alamat: JALAN DUTA, 50480 KUALA LUMPUR

Masjid Negara

Latar Belakang

Salah Sebuah Masjid Yang Tercantik di Asia Tenggara.

Masjid Negara telah siap dibina pada 27 Ogos 1965 dan menjadi lambang keagongan Islam di Malaysia. Ia boleh menampong seramai 15,000 orang jamaah.

Rekabentuknya selaras dengan
rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran geril yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini erbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID NEGARA

Alamat: JALAN PERDANA, 50519 KUALA LUMPUR

Masjid Putra

Latar Belakang

Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid.

Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato' Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd.

Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID PUTRA

Alamat: PUSAT PENTADBITAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62519, PUTRAJAYA

Masjid Diraja Ubudiah

Latar Belakang

Didirikan di Bukit Chandan bandar Kuala Kangsar, Perak Malaysia. Ianya telah dibina pada tahun 1917 atas arahan Sultan Perak yang ke 28.

Terletak di atas Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di negara ini dan menjadi simbol keagungan dan peradaban Islam di Perak.

Kubah dan menara emas masjid yang tersergam indah membuktikan keindahan dan keunikan senibina masyarakat Islam.

Pembinaan masjid ini bermula semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1, Sultan Perak yang ke-28, tetapi telah tergendala untuk beberapa ketika.

Peristiwa dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan yang berlari di atas lantai marmar
yang diimport dari Itali, lantas merosakkannya serta Perang Dunia Pertama adalah dua sebab utama tergendalanya projek pembinaan tersebut.

Masjid ini kemudiannya telah dibuka secara rasmi oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID DIRAJA UBUDIAH

Alamat: BUKIT CHANDAN, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK

Masjid Negeri

Latar Belakang

Masjid Negeri terletak di Jalan Dato Hamzah, dibina pada tahun 1966 dan boleh memuatkan jemaah seramai 3000 orang dalam satu-satu masa. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh kerajaan negeri. Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari jumaat, 24 November 1967.

Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1967 ini begitu simbolik. Sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri. Masjid ini terletak berdekatan dengan Taman Bunga, di pusat bandar. Dua buah tasik di taman ini sering diadakan acara sukan dan program-program kebudayaan. Bangunan Seketariat Negeri berbentuk zaman kolonial juga terletak berhampiran masjid ini.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID NEGERI

Alamat: JALAN DATO' HAMZAH, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


INDRA cuba melepasi halangan pemain Perlis pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 2-0.


KELANTAN berpeluang cerah mara ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Awal babak pertama, jentera pertaha- nan Kelantan yang diketuai oleh Naz- rulerwan Makmor terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus penggempur Perlis yang diketuai oleh Niza- ruddin Yusof dan Ahmad Fakri Shaa- rani.

Perlis hampir di depan seawal minit kelima apabila gerakan solo Ahmad Fakri berjaya memperdayakan Nazrulerwan dan benteng Kelantan, namun percubaannya berjaya dihalang oleh penjaga gol Kelantan, Halim Napi.

Selepas hampir 15 minit perlawanan berlangsung, Kelantan mula mengimbangi permainan.

Peluang terbaik dimiliki oleh Khairan Eroza yang menerima hantaran silang kapten Indra Putra Mahayuddin, namun tandukannya berjaya digagalkan penjaga gol Perlis, Faizal Marlias.

Gol pertama Kelantan hadir pada minit ke-22 melalui gerakan yang bermula daripada Che Hishamuddin Hassan yang melorong bola cantik kepada Indra yang melarikan bola ke kawasan kotak penalti.

Pemain pertahanan Perlis, Mazlizam Mohamad yang ditugaskan mengawal pergerakan Indra telah menjatuhnya sehingga memaksa pengadil perlawanan Shokri Nor menghadiahkan sepakan penalti.

Indra yang diberi tanggungjawab tersebut berjaya menggamatkan stadium untuk gol pembukaan Kelantan.

Babak kedua menyaksikan para penonton dihidangkan dengan aksi membosankan apabila kedua-dua pasukan bermain dengan begitu berhati-hati .

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan jaringan 1-0, pemain pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid meledak gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan.

Formula Atasi Kemarahan


Perasaan marah adalah sifat fitrah yang terjadi kepada setiap orang dan tercetus apabila berlaku sesuatu yang berpunca daripada seseorang yang tidak disukai, sesuatu peristiwa yang tidak diingini atau kebimbangan dalam hidup seharian seseorang individu tertentu. Dalam keadaan tertentu keadaan marah boleh berpunca dari diri sendiri atau faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan kita tidak selesa, gelisah dan terancam seperti gangguan, usikan, ejekan dan sebagainya.

Kemarahan juga boleh terjadi apabila diri sendiri atau orang tersayang dianiaya, diperguna serta dieksploitasi sesuka hati, malahan dijadikan bahan mainan serta berada dalam situasi keliru dan lain-lain. Rasa marah juga boleh berlaku sekiranya sesuatu hajat tidak tercapai, ditipu oleh orang lain atau hak seseorang dirampas sewenang-wenangnya, tertekan dengan masalah peribadi, ekonomi dan sebagainya sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan pertimbangan. Oleh yang demikian, kemarahan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kadang-kadang dalam keadaan tertentu ekoran daripada kerenah anak-anak juga boleh menjadi ibu bapa tertekan dan marah dengan perlakuan berkenaan; atau perangai pelajar yang kurang sopan menyebabkan guru-guru menjadi marah malahan sikap pekerja yang melampau juga boleh menyebabkan majikan naik angin dan darjah kemarahan meningkat dan sebagainya. Kemarahan juga boleh berlaku ketika terkandas di dalam kesesakan lalu lintas misalnya, ketinggalan tren atau bas, terlupa sesuatu perkara dan pelbagai lagi alasan yang boleh menyebabkan wujudnya rasa masah sama ada dinyata atau disembunyikan.

Undang-undang dan etika sosial Islam telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang itu meluahkan perasaan marah tetapi mestilah melalui saluran yang dibenarkan Syariat seperti marah melihat perbuatan maksiat yang berlaku atau marah kepada kekejaman Israel terhadap Palestin umpamanya dan sebagainya. Mengingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan perlanggaran ketetapan Syarak, mengundang lebih banyak kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling yang juga boleh membawa kepada seseorang itu tersisih dari masyarakat.

Tambahan pula, apabila perasaan marah yang membuak-buak itu gagal diuruskan dengan sewajar dan sebaik mungkin, seseorang itu secara langsung dan tidak langsung boleh mengalami luka keparahan secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain ekoran perasaan marah yang tidak terkawal. Marah juga boleh mendorong seseorang bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai ketika berlaku pergaduhan atau salah faham misalnya. Perasaan marah yang dipendam juga akan mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan, seksual dan amalan sosial.

Menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW menegaskan bahawa sifat marah itu sebenarnya datang dari syaitan sepertimana sabda baginda yang bermaksud: "Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.“ Rasulullah bersabda lagi: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”

Di sini dapatlah difahami bahawa terdapat beberapa formula untuk meredakan rasa marah yang menguasai diri ialah dengan segera mengambil air sembahyang atau berwuduk jika seseorang itu berada dalam keadaan tersangat marah dan boleh juga mengubah posisi atau kedudukan yang sesuai agar dapat dikurangkan sedikit perasaan marah yang sedang membara di dalam hati. Ujian kesabaran juga boleh diuji terhadap seseorang bila berada di dalam kemarahan kerana sifat sabar adalah anak kunci utama menyejukkan rasa marah yang marak membakar di dalam diri seseorang.

Sesungguhnya orang yang bersabar sangatlah terpuji dan sifat sabar yang mulia itu memang pahit pada mulanya, tetapi manis pada akhirnya. Lukman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya bahawa ada tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam iaitu orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah; orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika dalam peperangan; dan saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat yakni semasa ada kepentingan. Ini adalah realiti serta hakikat kehidupan yang sebenar dan kesabaran dalam menahan rasa marah adalah sesuatu yang sangat payah untuk dilaksanakan.

Abul Laits As-Samarqandi dalam kitab beliau Tanbihul Ghafilin atau Peringatan Bagi Yang Lupa (Jilid 1) menyarankan agar menggunakan resepi kesabaran yang ada bagi mendepani rasa marah kerana akibat daripada kegagalan menahan marah boleh menyebabkan seseorang akan rasa menyesal, dicela oleh orang lain dan yang paling menakutkan ialah bakal menerima siksaan Allah SWT di akhirat kelak. Manakala sekiranya kita mampu bersabar dengan api kemarahan di dalam diri maka akhirnya kita akan merasa ringan dan hilang segala masalah di samping melahirkan kesenangan dalam diri, malahan juga mendapat pujian orang ramai dan sudah tentu mendapat janji pahala daripada Allah SWT.

Sehubungan itu, terdapat beberapa elemen penting lain yang perlu dikuasai bagi mengawal sifat marah yang antaranya ialah ketegasan melawan rasa marah, kemahiran komunikasi yang betul, bijak membuat keputusan dan fahami personaliti diri dan orang lain, mempunyai kemahiran berunding, berfikiran positif di samping bijak menyelesaikan masalah, sentiasa berada di dalam ketenangan serta komited mendalami ilmu dan kemahiran pengurusan stress. Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang dapat menahan marah padahal dia berkuasa untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaanNya pada hari kiamat. ”

RUJUKAN

Abul Laits As Samarqandi, 1989.Tanbihul Ghafilin- Peringatan Bagi Yang Lupa (Jilid 1). Kuala Lumpur: Victory Agencie

Laman web :
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja⊂=0&bhs=may&storyid=1186620941618

Kukuhkan Tali Persaudaraan



Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yangmencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:
Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari
kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HRHusein
bin Ali RA)Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima
hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni
dari Ibnu Umar RA)Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allahmengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan."(HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)

Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, ImamThabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankanbeban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang
dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia
dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah
akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu
menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR
Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

Sebuah NGO menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net hari ini.

Timbalan Presiden NGO itu Mohd Dzohir Hamid dilaporkan berkata mesyuarat ahli majlis eksekutif PEMBELA semalam mengambil keputusan menawarkan wang kepada pihak yang memiliki atau mahu menjual gambar insiden tersebut - kini menjadi isu menyerang PAS.

Bekas exco Pemuda Umno itu mendakwa ditumbuk oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Sabtu lalu, sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Mohd Dzohir juga dipetik berkata PEMBELA membuat tawaran itu untuk mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Abdul Azeez itu.

"PEMBELA harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekali gus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghubungi pemimpin PEMBELA itu di talian 019-49 80 230 pada bila-bila masa.

Abdul Azeez dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, Harakahdaily.net semalam pula memuatkan tiga keping foto yang tidak menunjukkan Abdul Azeez dipukul sewaktu berjalan kaki dekat kumpulan penyokong pembangkang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua penerangannya Idris Ahmad dipetik berkata dakwaan Abdul Azeez itu sebagai "pembohongan" berdasarkan tiada kesan lebam atau calar di bahagian badannya dan juga rakaman tiga foto berkenaan.

MalaysiaKini/-



Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh

1. Berbicara dengan baik. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila kamu datang mengunjungi orang yang sakit atau orang mati, hendaklah kamu berbicara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."
Namun, ramai orang sekarang apabila berada di rumah orang mati, mereka suka berbicara perkara-perkara yang menyentuh peribadi orang yang mati tersebut. Seperti menceritakan perilaku tidak elok orang yang mati itu ketika dia masih hidup. Sebenarnya perihal semasa dia hidup tidak perlu lagi dibicarakan kecuali pada perkara-perkara yang baik sahaja untuk dijadikan teladan kepada yang masih hidup.

2. Berdoa yang baik-baik. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja."Kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kita ucapkan ketika itu. Para ulama menganjurkan sunat menghadiri orang yang kematian bagi orang soleh dan ahli ilmu, supaya mereka dapat memberikan nasihat atau memperingati orang yang akan meninggal itu dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah serta mendoakan untuk yang akan meninggal sehingga orang lain dibelakangnya boleh mengambil manfaat atas peristiwa tersebut.

3. Tutuplah mata si mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Syaddad bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bila kamu menghadiri orang yang meninggal dunia di antara kamu, maka tutuplah akan matanya, kerana sesungguhnya pandangan mata itu mengikuti roh (yang keluar) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."

4. Ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin". Ummu Salamah ra.'anha berkata: "Bila kamu datang mengunjungi orang yang sedang sakarat, hendaklah kamu ucapkan: "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin."

5. Ucapkan "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah". Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata: "Bila kamu menutup mata mayat maka ucapkanlah "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah." Kemudian Sofwan yang kebetulan hadir membaca ayat "wal mala-ikatu yusabbihuuna bihamdi rabbihim" (dan Malaikat selalu bertasbih memuji Tuhan mereka). Sementara itu ada yang pernah mendengar Aba Maisarah Az-Zahidiy berkata: "Pada waktu Ja'far Al-Mu'allim, pada saat beliau dalam keadaan menghadapi kematian, mata beliau kututup. Beliau pun meninggal. Dalam mimpiku aku melihat Ja'far Al-Mu'allim datang kepadaku dan berkata: "Aku berterima kasih kepadamu yang telah menutupkan mataku sebelum aku meninggal dunia."

Wallahu Subhanahu wa Taala a'lam


Berhibur Ada Batasnya

Assalamualaikum..

"Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar! Sesungguhnya hari ini adalah hari raya"

Imam al-Ghazali berpendapat, mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat. Selain itu ada yang diharamkan.

Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu, sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya, adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.

Mengikut riwayat daripada Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu beliau bersama-sama dua hamba perempuan pada hari Mina. Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang, sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya.

Lalu, Abu Bakar mengherdik mereka. Kemudian, Rasulullah membuka wajah dan berkata: "Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar! Sesungguhnya hari ini adalah hari raya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain diriwayatkan daripada Tirmizi bermaksud: "Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana."

Namun harus diingatkan hukum harus itu boleh bertukar haram jika melibatkan perbuatan yang ditegah agama. Inilah sebab mengapa banyak pihak menolak segala bentuk nyanyian yang dipersembahkan artis sekarang.





KAMALUDIN menunjukkan lokasi barang kemas muncul di kampungnya di Tapah, Perak.


OBSESI masyarakat terhadap emas dan harta karun tidak pernah pudar. Mereka sanggup meredah hutan dan mengorek tanah, malah menggunakan bomoh bagi mengesan lubuk harta tersebut.

Namun, bagaimana jika barang kemas bernilai ribuan ringgit tiba-tiba muncul di belakang rumah?

Bagi Hamidah Bakar, 65, yang tinggal di Kampung Muhibbah, Tapah, Perak, memegang sendiri barang-barang kemas yang timbul dari tanah di belakang rumahnya mengubah persepsinya terhadap harta karun.

"Apabila seorang kenalan dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan dengan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu', niat saya tak lebih daripada sekadar ingin tahu," bicaranya membuka kembali cerita lewat tahun 2004 lalu.

Menurut Hamidah, kehadirannya ketika itu hanya memenuhi permintaan saudara terdekat bagi mencukupkan syarat untuk memperoleh harta karun itu.

"Untuk menarik harta karun itu, mereka memerlukan seramai tujuh orang. Oleh kerana saya kenal dengan pengantara iaitu lelaki Indonesia itu selain hendak mencuba, saya pun ikut mereka.

"Kami duduk mengelilingi kawasan tanah yang telah dibersihkan dan digemburkan. Kemudian, minyak kayu cendana dituangkan di situ sambil membaca zikir khas," jelas bekas guru ini.

Loket berukir

Selepas itu, mereka bertujuh dikehendaki menunggu di dalam rumah. Tidak lama kemudian mereka kembali semula ke belakang rumah untuk mengambil harta tersebut.

"Cuma seorang daripada kami yang boleh mengambil harta yang timbul dari tanah itu. Dia boleh mengambilnya sehinggalah disuruh berhenti oleh pengantara.

"Harta itu dimasukkan ke dalam guni dan apabila kami keluarkan semula, kami sangat terkejut kerana jumlahnya sangat banyak.

"Ia masih banyak walaupun telah dibahagikan kepada tujuh orang," jelas Hamidah sambil menunjukkan loket yang berbentuk hati.

Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat Kursi.


GELANG tangan yang berukir ayat Kursi.


"Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini," ungkap beliau.

Menyentuh mengenai halaman belakang rumahnya, Hamidah memberitahu, jika tidak disebabkan kenalannya itu, sampai hari ini dia tidak tahu mengenai kewujudan harta karun tersebut.

"Ikut akal, memang tak logik. Dah berpuluh tahun saya tinggal di sini, memang langsung tak sangka. Namun, saya percaya harta karun ada di mana-mana.

"Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.

Sekiranya ada yang mengaitkannya dengan perbuatan memuja, seorang lagi daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, tampil membuat penjelasan.

"Tak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam. Mungkin hijabnya dibuka Allah dan sebab itu lelaki tua dari Indonesia itu mempunyai kebolehan untuk mengesan harta karun di tempat-tempat tertentu," kata Kamaluddin.

Upacara selepas Maghrib


RANTAI dan parang ini dipercayai sudah berusia ratusan tahun.


Menurutnya, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit.

Malah ia juga dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam.

"Pada masa itu, saya seorang sahaja yang disuruh menunggu sehingga barang kemas itu muncul dari tanah. Mula-mula memanglah takut," katanya ketawa.

Tetapi selepas beberapa kali mencuba, perasaan gementar itu beransur hilang.

"Saya dan enam lagi kenalan sempat mengambil sebanyak empat kali sebelum harta itu hilang.

"Menurut pengantara, kehilangan harta karun itu mungkin disebabkan ada antara mereka bertujuh yang tidak betul niatnya," ujarnya yang merupakan seorang peniaga.

Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang serta cincin.

Melihat sendiri barang kemas tersebut, corak, rekaan serta saiz nyata hasil peninggalan orang dahulu yang mungkin berusia ratusan tahun.

Ditanya sama ada beliau pernah terniat untuk menjualnya, Kamaluddin pantas menggelengkan kepala.

"Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya," katanya.

Ujar Kamaludin lagi, pemilik barang kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu.

Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang.

"Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah jadi tiga," katanya sambil menunjukkan tiga utas gelang tersebut.

Meskipun sudah lima tahun berlalu dan harta tersebut masih disimpan baik oleh mereka bertujuh, bagi Kamaluddin, tiada apa yang akan kekal.

"Sekiranya semua barang kemas yang ada ini bertukar menjadi emas suatu hari nanti, itu saya anggap sebagai rezeki," katanya.


NORLIA (kiri) diiringi seorang saudaranya di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketika umat Islam masih lagi gembira menyambut Aidilfitri yang baru seminggu berlalu, lain pula dengan keluarga pelakon veteran Norlia Ghani yang kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik.

Edi Rizal Ramli, 33, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat terjatuh dari tingkat tujuh Rumah Pangsa Murni Titiwangsa di Jalan Gurney di sini pada pukul 1.41 petang semalam.

Edi yang merupakan adik kepada pelakon Rusdi Ramli terjatuh dari flat 13 tingkat itu ketika mengejar seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah di tingkat tujuh.

Seorang saksi, Mazlan Abdullah, 35, berkata, dia nampak bagaimana Edi terhempas bersama sebatang kayu yang dipegangnya untuk menghalau pencuri yang masuk ke rumah jiran yang tiada penghuni.

"Ketika itu Edi yang bersenjatakan kayu memanjat balkoni untuk masuk ke rumah jiran yang dimasuki pencuri.

"Entah macam mana, dia tergelincir lalu terhempas ke kaki lima," cerita Mazlan yang sedih dengan kejadian menimpa Edi.

Selepas terjatuh, Edi masih bernyawa dan beberapa penduduk termasuk seorang doktor dari sebuah klinik berdekatan memberi bantuan kecemasan kepada Edi sebelum dia dibawa ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, Edi mati sebaik dia sampai di HKL akibat cedera parah di kepala.

Cara-cara Mengatasi Marah



Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah
ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim
iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum
sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-
jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya
yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah
kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu."
Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa "ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah
dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita
bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang
lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan
akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar,
tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di
dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api
memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah
kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
16 Februari 2001 / 22 Zulkaedah 1421
Menghadapi hari tua
Sidang Jumaat rahimakumullah,

Marilah kita ambil kesempatan pada hari Jumaat yang penuh berkah ini, untuk kita tingakatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah. Marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah, kita jauhi segala laranganNya, dan kita laksanakan perintahNya, dan kita giatkan dan gandakan lagi amal ibadah kita kepada Allah.

Maasyiral Muslimin rahimakumullah,

Kita bersyukur kepada Allah kerana telah melanjutkan usia kita dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam keadaan iman dan taqwa, sehingga kita dapat berkumpul pada hari ini untuk mengerjakan solat Jumaat. Dan kita berdoa kepada Allah agar kita terus dipanjangkan usia dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh keimanan agar kita dapat gandakan amal ibadah kita kepadaNya.

Akan tetapi Allah telah menentukan siapakah yang akan kembali kepadaNya dalam keadaan masih muda, dan siapakah yang akan menetap di dunia ini sehingga tua sebelum kembali kepadaNya. Maka setiap dari dua golongan tersebut harus membuat persiapan. Yang akan kembali kepada Allah ketika muda mesti berhenti dari segala perbuatan maksiat dan gandakan ibadah mereka agar apabila mereka kembali kepada Allah, mereka kembali dalam keadaan yang diredhai Allah.

Manakala golongan kedua pula, yang akan dilanjutkan usianya, maka perlu membuat persiapan dari sekarang, ketika masih muda lagi, ketika tubuh badan masih kuat lagi. Jangan ditunggu sehingga datang waktu senja, barulah hendak dibuat persiapan.

Akan tetapi, saudara-saudara sekelian, kita tidak tahu, mana satukah antara dua golongan yang disebutkan tadi, akan kita digolongkan. Adakah kita dipanggil kembali kepada Allah dalam waktu muda, atau kita dilanjutkan usia sehingga waktu senja. Apapun ketentuan Allah, satu perkara yang tidak dapat dielakkan adalah hakikat bahawa kita semua akan mati. Samada waktu muda atau tua, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Maka perlu kita membuat persiapan. Andainya kita ditakdirkan mati dalam waktu muda, kita perlu membuat persiapan untuk alam kubur dan akhirat. Dan seandainya kita dilanjutkan usia ke tua, kita perlu membuat persiapan juga. Malah persiapan yang lebih lagi dari segala segenap sudut: rohani, jasmani, keluarga dan kewangan. Waktu muda akan berlalu dengan pantas. Seseorang yang baru mula bekerja dan membina keluarga, tidak lama kemudian dia akan mendapati bahawa umurnya sudah hampir senja dan anak-anaknya sudah dewasa. Kesibukan hidup di dunia ini melekakan. Hari-hari berjalan dengan pantas. Tiba-tiba sudah bulan baru. Tiba-tiba sudah tahun baru. Maka kita perlu rebut waktu muda kita sebelum ia dengan pantas meninggalkan kita.

Saudara-saudara sekelian,

Pepatah Arab mengatakan bahawa mereka yang membesar dengan satu tabiat, akan kekal tabiat tersebut sehingga tua. Pepatah Melayu pula mengatakan bahawa melentur buluh biar dari rebungnya. Waktu muda adalah waktu rebung. Waktu tua, waktu buluh sudah keras. Maka penting bagi kita untuk memulakan dan membiasakan diri dengan tabiat atau perbuatan yang baik diwaktu muda, agar ia kekal sehingga hari tua kita.

Kita perlu mejaga kesihatan kita dari waktu muda lagi. Lakukanlah senaman dan jagalah makanan. Sesungguhnya orang Mukmin yang kuat dan sihat adalah disukai oleh Allah dari orang Mukmin yang lemah. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kita agar menjaga tubuh badan dari sudut makanan, kerana makanan adalah punca banyak penyakit. Makanlah makanan yang bukan sahaja halal, tetapi baik untuk kita, yang memberi kita kecergasan untuk lebih giat melakukan amal kebaikan. Dengarlah firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah, ayat 172:
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami telah berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Alla, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Dengan menjaga makanan, dan giat melakukan senaman, kita akan sihat tubuh badan. Kesihatan tubuh badan adalah penting agar kita dapat terus melakukan ibadah kepada Allah.

Kedua, kita juga perlu buat persiapan dari sudut kewangan. Biasakan diri dengan sifat jimat cermat dan tidak boros. Mulakan sifat menabung untuk hari hujan dan hari senja. Dengan perancangan yang baik dan sifat tidak boros, ia akan memberi kita untuk terus berdikari sehingga hari tua tanpa mengharapkan sangat sumbangan wang anak-anak kita. Sebaliknya, jika kita boros berbelanja dan tidak memikirkan masa tua kita dengan cerman, kita akan akhirnya merana apabila ditimpa kesusahan atau apabila sudah tua kelak. Allah s.w.t tidak suka kepada orang-orang yang boros dan membazir. Allah sifatkan orang-orang sedemikian sebagai saudara syaithan, sepertimana yang termaktub dalam surah Al-Isra’ ayat 27:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaithan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Saudara-saduara sekelian,

Perkara yang paling terpenting kita melakukan persiapan sebelum menghadapi hari tua adalah persiapan rohani. Ramai yang menyangkan bahawa pada waktu muda mereka boleh bergembira dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Allah. Mereka menyangka bahawa nanti pada hari tua boleh bertaubat dan giat beribadah.

Ketauilah saudara-saudara sekelian, bahawa apabila seseorang sudah terbiasa dengan perkara maksiat berpuluh tahun lamanya, dan apabila seorang dengan mudah melanggar perintah Allah pada waktu mudanya, maka adalah satu perkara yang hampir mustahil baginya untuk meninggalkan segala perbuatan buruk tu dan terus beribadat. Seseorang yang tidak rajin melakukan ibadah pada waktu mudanya, akan merasa berat, malas dan payah untuk meningkat amal ibadah. Adakah ini yang kita ingin berlaku pada diri kita apabila tua kelak?

Sudah tentu jawapannya adalah tidak. Maka kita mesti membuat persiapan dari sekarang. Kita mesti meninggalkan segala maksiat agar tidak terbawa-bawa ke alam tua. Dan kita mesti berusaha meningkatkan kualiti ibadah kita, amalan-amalan sunat kita, agar kita terbiasa melakukannya. Ini akan memudahkan kita melakukan lebih banyak amal ibadah di waktu tua tanpa ras kekok, payah, berat dan malas.

Mudah-mudahan Allah menjadikan hari-hari tua kita waktu yang penuh faedah dunia dan akhirat, ameen ya rabbal ‘alamin.



1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Kejutan gila hari jadi


Oleh Rashidi KarimJustify Full
am@hmetro.com.my


KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya

Bertudung atau Fesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam

Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.

Jika sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.


Perbetulkan Amalan Kita Selaras Kehendak Allah dan rasulNya

Tanpa mengetahui yang salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Malah jika ia dosa kecil sekalipun, sesungguhnya sebuah gunung terbina dari tanah dan batu yang kecil. Justeru, dengan mengenalinya serta melakukan koreksi segera, InshaAllah, kebaikan adalah untuk kita juga.

Berikut adalah beberapa lagi perkara yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan (namun pastinya ia hanyalah sebahagian kecil dari senarai panjang larangan dan perkara yang perlu dielak):-

1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;

Sebagaimana yang kita lihat, di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir.

Menurut pengalaman di masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.

Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.

Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-

‏لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال ‏ ‏أبو النضر ‏ ‏لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة

Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan besar dosa, bagi seseorang melintas di hadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" (Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )

Ibu bapa kerap membawa anak mereka di masjid di waktu begini. Menjadi kemestian ke atas ibubapa untuk menjaga anak mereka sedaya mampu, agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang solat ini.

2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.

Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.
Nabi s.a.w menyebut :-

‏إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان

Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )

Kita perlu menyedari bahawa solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'.

Apa pandangan anda jika kita sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus.

Nabi bersabda :-

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu di hadapannya ketika solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah s.w.t.

3) Meludah di masjid

Maklumlah, hadir ke masjid selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya.

Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-

‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Ertinya : Meludah di masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud )

4) Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.

Ini adalah satu lagi kesalahan yang berlaku secara kerap di masjid tatkala bulan Ramadhan. Sekali lagi ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di ubah nada deringannya kepada ‘silent mode'.

Menurut pengamatan saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.

Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.

Sebagaimana ingatan Nabi :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

6) Tidur semula selepas sahur

Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.

Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.

Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.

Allah berfirman :-

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ

Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )

7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.

Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.

Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.

Nabi s.a.w bersabda :-

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا

Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)

Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )

8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah

Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.

Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.

Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.

Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.

10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya

Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.

Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.

Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.

Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengingatkan :-

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ

دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )

11) Berterusannya tenggelam dalam syahwat

Bagi sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating' di musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu, mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.

12) Tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah

Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunnah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya :

أقِيمُوا صُفُوفَكمُ وَتَراصَوْا فإني أرَاكم مِنْ وَرَاء ظهْري

Ertinya : "Luruskanlah saf kamu (ketika solat) sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku"( al-Bukhari ) [1]

لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم

Ertinya : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan mengalihkan wajah-wajah kamu" (Abu Daud) [2]

Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai :

a- Benar-benar wajah akan dialihkan oleh Allah swt kelak.

b- Perpecahan hati dan hilang kesatuan, pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi.

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis tersebut, para ulama menyatakan hokum wajib bagi merapatkan saf ketika solat jemaah.

Tanpa displin tersebut akibatnya adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini. [3]

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama di atas.

Bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut :-

Ketika solat berjemaah, jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :

وكَانَ أحَدُنَا يُلزِقُ مَنْكِبَهُ بمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمُه بقدمِه

Ertinya : "Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki" ( Riwayat al-Bukhari) [4]

Ni gambar sungai bukan syurga ok..

Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Ramadhan 1428 H

18 September 2007

885020222

;;