KAMALUDIN menunjukkan lokasi barang kemas muncul di kampungnya di Tapah, Perak.


OBSESI masyarakat terhadap emas dan harta karun tidak pernah pudar. Mereka sanggup meredah hutan dan mengorek tanah, malah menggunakan bomoh bagi mengesan lubuk harta tersebut.

Namun, bagaimana jika barang kemas bernilai ribuan ringgit tiba-tiba muncul di belakang rumah?

Bagi Hamidah Bakar, 65, yang tinggal di Kampung Muhibbah, Tapah, Perak, memegang sendiri barang-barang kemas yang timbul dari tanah di belakang rumahnya mengubah persepsinya terhadap harta karun.

"Apabila seorang kenalan dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan dengan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu', niat saya tak lebih daripada sekadar ingin tahu," bicaranya membuka kembali cerita lewat tahun 2004 lalu.

Menurut Hamidah, kehadirannya ketika itu hanya memenuhi permintaan saudara terdekat bagi mencukupkan syarat untuk memperoleh harta karun itu.

"Untuk menarik harta karun itu, mereka memerlukan seramai tujuh orang. Oleh kerana saya kenal dengan pengantara iaitu lelaki Indonesia itu selain hendak mencuba, saya pun ikut mereka.

"Kami duduk mengelilingi kawasan tanah yang telah dibersihkan dan digemburkan. Kemudian, minyak kayu cendana dituangkan di situ sambil membaca zikir khas," jelas bekas guru ini.

Loket berukir

Selepas itu, mereka bertujuh dikehendaki menunggu di dalam rumah. Tidak lama kemudian mereka kembali semula ke belakang rumah untuk mengambil harta tersebut.

"Cuma seorang daripada kami yang boleh mengambil harta yang timbul dari tanah itu. Dia boleh mengambilnya sehinggalah disuruh berhenti oleh pengantara.

"Harta itu dimasukkan ke dalam guni dan apabila kami keluarkan semula, kami sangat terkejut kerana jumlahnya sangat banyak.

"Ia masih banyak walaupun telah dibahagikan kepada tujuh orang," jelas Hamidah sambil menunjukkan loket yang berbentuk hati.

Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat Kursi.


GELANG tangan yang berukir ayat Kursi.


"Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini," ungkap beliau.

Menyentuh mengenai halaman belakang rumahnya, Hamidah memberitahu, jika tidak disebabkan kenalannya itu, sampai hari ini dia tidak tahu mengenai kewujudan harta karun tersebut.

"Ikut akal, memang tak logik. Dah berpuluh tahun saya tinggal di sini, memang langsung tak sangka. Namun, saya percaya harta karun ada di mana-mana.

"Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.

Sekiranya ada yang mengaitkannya dengan perbuatan memuja, seorang lagi daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, tampil membuat penjelasan.

"Tak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam. Mungkin hijabnya dibuka Allah dan sebab itu lelaki tua dari Indonesia itu mempunyai kebolehan untuk mengesan harta karun di tempat-tempat tertentu," kata Kamaluddin.

Upacara selepas Maghrib


RANTAI dan parang ini dipercayai sudah berusia ratusan tahun.


Menurutnya, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit.

Malah ia juga dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam.

"Pada masa itu, saya seorang sahaja yang disuruh menunggu sehingga barang kemas itu muncul dari tanah. Mula-mula memanglah takut," katanya ketawa.

Tetapi selepas beberapa kali mencuba, perasaan gementar itu beransur hilang.

"Saya dan enam lagi kenalan sempat mengambil sebanyak empat kali sebelum harta itu hilang.

"Menurut pengantara, kehilangan harta karun itu mungkin disebabkan ada antara mereka bertujuh yang tidak betul niatnya," ujarnya yang merupakan seorang peniaga.

Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang serta cincin.

Melihat sendiri barang kemas tersebut, corak, rekaan serta saiz nyata hasil peninggalan orang dahulu yang mungkin berusia ratusan tahun.

Ditanya sama ada beliau pernah terniat untuk menjualnya, Kamaluddin pantas menggelengkan kepala.

"Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya," katanya.

Ujar Kamaludin lagi, pemilik barang kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu.

Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang.

"Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah jadi tiga," katanya sambil menunjukkan tiga utas gelang tersebut.

Meskipun sudah lima tahun berlalu dan harta tersebut masih disimpan baik oleh mereka bertujuh, bagi Kamaluddin, tiada apa yang akan kekal.

"Sekiranya semua barang kemas yang ada ini bertukar menjadi emas suatu hari nanti, itu saya anggap sebagai rezeki," katanya.


NORLIA (kiri) diiringi seorang saudaranya di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketika umat Islam masih lagi gembira menyambut Aidilfitri yang baru seminggu berlalu, lain pula dengan keluarga pelakon veteran Norlia Ghani yang kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik.

Edi Rizal Ramli, 33, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat terjatuh dari tingkat tujuh Rumah Pangsa Murni Titiwangsa di Jalan Gurney di sini pada pukul 1.41 petang semalam.

Edi yang merupakan adik kepada pelakon Rusdi Ramli terjatuh dari flat 13 tingkat itu ketika mengejar seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah di tingkat tujuh.

Seorang saksi, Mazlan Abdullah, 35, berkata, dia nampak bagaimana Edi terhempas bersama sebatang kayu yang dipegangnya untuk menghalau pencuri yang masuk ke rumah jiran yang tiada penghuni.

"Ketika itu Edi yang bersenjatakan kayu memanjat balkoni untuk masuk ke rumah jiran yang dimasuki pencuri.

"Entah macam mana, dia tergelincir lalu terhempas ke kaki lima," cerita Mazlan yang sedih dengan kejadian menimpa Edi.

Selepas terjatuh, Edi masih bernyawa dan beberapa penduduk termasuk seorang doktor dari sebuah klinik berdekatan memberi bantuan kecemasan kepada Edi sebelum dia dibawa ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, Edi mati sebaik dia sampai di HKL akibat cedera parah di kepala.

Cara-cara Mengatasi Marah



Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah
ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim
iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum
sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-
jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya
yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah
kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu."
Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa "ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah
dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita
bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang
lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan
akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar,
tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di
dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api
memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah
kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
16 Februari 2001 / 22 Zulkaedah 1421
Menghadapi hari tua
Sidang Jumaat rahimakumullah,

Marilah kita ambil kesempatan pada hari Jumaat yang penuh berkah ini, untuk kita tingakatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah. Marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah, kita jauhi segala laranganNya, dan kita laksanakan perintahNya, dan kita giatkan dan gandakan lagi amal ibadah kita kepada Allah.

Maasyiral Muslimin rahimakumullah,

Kita bersyukur kepada Allah kerana telah melanjutkan usia kita dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam keadaan iman dan taqwa, sehingga kita dapat berkumpul pada hari ini untuk mengerjakan solat Jumaat. Dan kita berdoa kepada Allah agar kita terus dipanjangkan usia dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh keimanan agar kita dapat gandakan amal ibadah kita kepadaNya.

Akan tetapi Allah telah menentukan siapakah yang akan kembali kepadaNya dalam keadaan masih muda, dan siapakah yang akan menetap di dunia ini sehingga tua sebelum kembali kepadaNya. Maka setiap dari dua golongan tersebut harus membuat persiapan. Yang akan kembali kepada Allah ketika muda mesti berhenti dari segala perbuatan maksiat dan gandakan ibadah mereka agar apabila mereka kembali kepada Allah, mereka kembali dalam keadaan yang diredhai Allah.

Manakala golongan kedua pula, yang akan dilanjutkan usianya, maka perlu membuat persiapan dari sekarang, ketika masih muda lagi, ketika tubuh badan masih kuat lagi. Jangan ditunggu sehingga datang waktu senja, barulah hendak dibuat persiapan.

Akan tetapi, saudara-saudara sekelian, kita tidak tahu, mana satukah antara dua golongan yang disebutkan tadi, akan kita digolongkan. Adakah kita dipanggil kembali kepada Allah dalam waktu muda, atau kita dilanjutkan usia sehingga waktu senja. Apapun ketentuan Allah, satu perkara yang tidak dapat dielakkan adalah hakikat bahawa kita semua akan mati. Samada waktu muda atau tua, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Maka perlu kita membuat persiapan. Andainya kita ditakdirkan mati dalam waktu muda, kita perlu membuat persiapan untuk alam kubur dan akhirat. Dan seandainya kita dilanjutkan usia ke tua, kita perlu membuat persiapan juga. Malah persiapan yang lebih lagi dari segala segenap sudut: rohani, jasmani, keluarga dan kewangan. Waktu muda akan berlalu dengan pantas. Seseorang yang baru mula bekerja dan membina keluarga, tidak lama kemudian dia akan mendapati bahawa umurnya sudah hampir senja dan anak-anaknya sudah dewasa. Kesibukan hidup di dunia ini melekakan. Hari-hari berjalan dengan pantas. Tiba-tiba sudah bulan baru. Tiba-tiba sudah tahun baru. Maka kita perlu rebut waktu muda kita sebelum ia dengan pantas meninggalkan kita.

Saudara-saudara sekelian,

Pepatah Arab mengatakan bahawa mereka yang membesar dengan satu tabiat, akan kekal tabiat tersebut sehingga tua. Pepatah Melayu pula mengatakan bahawa melentur buluh biar dari rebungnya. Waktu muda adalah waktu rebung. Waktu tua, waktu buluh sudah keras. Maka penting bagi kita untuk memulakan dan membiasakan diri dengan tabiat atau perbuatan yang baik diwaktu muda, agar ia kekal sehingga hari tua kita.

Kita perlu mejaga kesihatan kita dari waktu muda lagi. Lakukanlah senaman dan jagalah makanan. Sesungguhnya orang Mukmin yang kuat dan sihat adalah disukai oleh Allah dari orang Mukmin yang lemah. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kita agar menjaga tubuh badan dari sudut makanan, kerana makanan adalah punca banyak penyakit. Makanlah makanan yang bukan sahaja halal, tetapi baik untuk kita, yang memberi kita kecergasan untuk lebih giat melakukan amal kebaikan. Dengarlah firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah, ayat 172:
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami telah berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Alla, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Dengan menjaga makanan, dan giat melakukan senaman, kita akan sihat tubuh badan. Kesihatan tubuh badan adalah penting agar kita dapat terus melakukan ibadah kepada Allah.

Kedua, kita juga perlu buat persiapan dari sudut kewangan. Biasakan diri dengan sifat jimat cermat dan tidak boros. Mulakan sifat menabung untuk hari hujan dan hari senja. Dengan perancangan yang baik dan sifat tidak boros, ia akan memberi kita untuk terus berdikari sehingga hari tua tanpa mengharapkan sangat sumbangan wang anak-anak kita. Sebaliknya, jika kita boros berbelanja dan tidak memikirkan masa tua kita dengan cerman, kita akan akhirnya merana apabila ditimpa kesusahan atau apabila sudah tua kelak. Allah s.w.t tidak suka kepada orang-orang yang boros dan membazir. Allah sifatkan orang-orang sedemikian sebagai saudara syaithan, sepertimana yang termaktub dalam surah Al-Isra’ ayat 27:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaithan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Saudara-saduara sekelian,

Perkara yang paling terpenting kita melakukan persiapan sebelum menghadapi hari tua adalah persiapan rohani. Ramai yang menyangkan bahawa pada waktu muda mereka boleh bergembira dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Allah. Mereka menyangka bahawa nanti pada hari tua boleh bertaubat dan giat beribadah.

Ketauilah saudara-saudara sekelian, bahawa apabila seseorang sudah terbiasa dengan perkara maksiat berpuluh tahun lamanya, dan apabila seorang dengan mudah melanggar perintah Allah pada waktu mudanya, maka adalah satu perkara yang hampir mustahil baginya untuk meninggalkan segala perbuatan buruk tu dan terus beribadat. Seseorang yang tidak rajin melakukan ibadah pada waktu mudanya, akan merasa berat, malas dan payah untuk meningkat amal ibadah. Adakah ini yang kita ingin berlaku pada diri kita apabila tua kelak?

Sudah tentu jawapannya adalah tidak. Maka kita mesti membuat persiapan dari sekarang. Kita mesti meninggalkan segala maksiat agar tidak terbawa-bawa ke alam tua. Dan kita mesti berusaha meningkatkan kualiti ibadah kita, amalan-amalan sunat kita, agar kita terbiasa melakukannya. Ini akan memudahkan kita melakukan lebih banyak amal ibadah di waktu tua tanpa ras kekok, payah, berat dan malas.

Mudah-mudahan Allah menjadikan hari-hari tua kita waktu yang penuh faedah dunia dan akhirat, ameen ya rabbal ‘alamin.



1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Kejutan gila hari jadi


Oleh Rashidi KarimJustify Full
am@hmetro.com.my


KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya

Bertudung atau Fesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam

Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.

Jika sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.


Perbetulkan Amalan Kita Selaras Kehendak Allah dan rasulNya

Tanpa mengetahui yang salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Malah jika ia dosa kecil sekalipun, sesungguhnya sebuah gunung terbina dari tanah dan batu yang kecil. Justeru, dengan mengenalinya serta melakukan koreksi segera, InshaAllah, kebaikan adalah untuk kita juga.

Berikut adalah beberapa lagi perkara yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan (namun pastinya ia hanyalah sebahagian kecil dari senarai panjang larangan dan perkara yang perlu dielak):-

1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;

Sebagaimana yang kita lihat, di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir.

Menurut pengalaman di masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.

Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.

Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-

‏لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال ‏ ‏أبو النضر ‏ ‏لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة

Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan besar dosa, bagi seseorang melintas di hadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" (Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )

Ibu bapa kerap membawa anak mereka di masjid di waktu begini. Menjadi kemestian ke atas ibubapa untuk menjaga anak mereka sedaya mampu, agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang solat ini.

2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.

Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.
Nabi s.a.w menyebut :-

‏إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان

Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )

Kita perlu menyedari bahawa solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'.

Apa pandangan anda jika kita sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus.

Nabi bersabda :-

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu di hadapannya ketika solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah s.w.t.

3) Meludah di masjid

Maklumlah, hadir ke masjid selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya.

Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-

‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Ertinya : Meludah di masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud )

4) Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.

Ini adalah satu lagi kesalahan yang berlaku secara kerap di masjid tatkala bulan Ramadhan. Sekali lagi ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di ubah nada deringannya kepada ‘silent mode'.

Menurut pengamatan saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.

Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.

Sebagaimana ingatan Nabi :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

6) Tidur semula selepas sahur

Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.

Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.

Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.

Allah berfirman :-

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ

Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )

7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.

Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.

Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.

Nabi s.a.w bersabda :-

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا

Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)

Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )

8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah

Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.

Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.

Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.

Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.

10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya

Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.

Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.

Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.

Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengingatkan :-

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ

دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )

11) Berterusannya tenggelam dalam syahwat

Bagi sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating' di musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu, mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.

12) Tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah

Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunnah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya :

أقِيمُوا صُفُوفَكمُ وَتَراصَوْا فإني أرَاكم مِنْ وَرَاء ظهْري

Ertinya : "Luruskanlah saf kamu (ketika solat) sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku"( al-Bukhari ) [1]

لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم

Ertinya : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan mengalihkan wajah-wajah kamu" (Abu Daud) [2]

Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai :

a- Benar-benar wajah akan dialihkan oleh Allah swt kelak.

b- Perpecahan hati dan hilang kesatuan, pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi.

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis tersebut, para ulama menyatakan hokum wajib bagi merapatkan saf ketika solat jemaah.

Tanpa displin tersebut akibatnya adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini. [3]

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama di atas.

Bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut :-

Ketika solat berjemaah, jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :

وكَانَ أحَدُنَا يُلزِقُ مَنْكِبَهُ بمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمُه بقدمِه

Ertinya : "Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki" ( Riwayat al-Bukhari) [4]

Ni gambar sungai bukan syurga ok..

Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Ramadhan 1428 H

18 September 2007

885020222

Manusia paling berani?

Memanjat dengan tangan kosong dan berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter memang satu perbuatan gila. Namun, itulah ‘dendam’ Spiderman Perancis, Alain Robert sejak 12 tahun lalu.




LELAKI kurus dan berambut lurus ini sudah lama mengidam untuk berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu.

Percubaan pertama Spiderman Perancis itu ialah pada tahun 1997.

Bagaimanapun, dia gagal selepas ditahan pegawai keselamatan bangunan 88 tingkat itu di tingkat 60. Pada tahun 2007, dia mencuba lagi. Kali ini masih gagal. Dia ditahan, juga di tingkat 60.

Bagaimanapun, pada subuh Selasa lalu, Alain Robert, 47, dapat juga menyempurnakan dendamnya selama 12 tahun. Dia hanya mengambil masa selama 90 minit bermula pukul 6 pagi untuk memanjat bangunan keluli dan berkaca itu.


SPIDERMAN Perancis ini dikesan berada di puncak Menara 2, Menara Berkembar Petronas, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52.


Sebagai meraikan kejayaannya, Robert berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara di atas bebola kecil di hujung tiang di puncak Menara 2.

"Saya hanya menggunakan tangan untuk memanjat bulatan tiang menara itu sebelum sampai di puncak.

"Itulah kemahiran saya yang mungkin tidak ada pada orang lain," katanya yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya oleh kerajaan tempatan Perancis.


BIARPUN ditahan, dihumban ke lokap dan didenda RM2,000, Robert masih dapat tersenyum puas setelah impiannya tertunai.





Dalam perjalanan turun, Robert mengetuk tingkap di aras 88 dan meminta agar dibenarkan masuk ke dalam bangunan berikutan cuaca sejuk.

"Saya datang ke Malaysia untuk menyudahkan sesuatu. Tahukah anda, memanjat Menara Berkembar Petronas sehingga ke puncaknya merupakan salah satu impian saya.

"Mungkin saya melakukannya kerana motivasi, mungkin juga kerana kedegilan saya," ujarnya selepas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menceroboh bangunan kebanggaan rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, Robert pernah mendaki Bangunan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu yang berketinggian 150 meter dan Hotel Melia Kuala Lumpur setinggi 80 meter pada tahun 1997. Pada tahun 2002, dia memanjat bangunan Komtar setinggi 232 meter di Pulau Pinang.

Robert sememangnya sudah lama menarik perhatian antarabangsa kerana aksi-aksi gilanya.

"Adakah tindakan Robert membuatkan dia menjadi lelaki 'gila' yang paling hebat dalam sejarah dunia?" tanya sebuah akhbar berpengaruh United Kingdom, The Independent.

Personaliti mengelirukan

Jawapannya adalah ya kerana dia telah mempamerkan kemahiran lelaki legenda yang berjalan di atas tali, Charles Blondin, dan semangat kembara Lelaki Di Atas Dawai, Philippe Petit - kedua-duanya rakyat Perancis.

Tambahan pula, apa yang lebih berbahaya berbanding memanjat hingga ketinggian 700 meter bangunan Burj Dubai yang sedang dalam pembinaan tanpa sebarang bantuan keselamatan?

Undian yang memihak kepada jawapan ini turut menyebut, 'Dia berkongsi nama timangan dengan salah seorang wira komik dunia - Spiderman.'

Bagaimanapun alasan untuk jawapan 'tidak' mengundang pandangan bahawa motivasi dirinya mengelirukan - sama ada dia melakukannya untuk wang atau untuk melayan egonya sendiri.

Malah biarpun usahanya memberi inspirasi, aktiviti memanjatnya yang mengambil masa yang lama itu jarang dipaparkan dalam televisyen.




"Dia juga merosakkan reputasi dirinya apabila memanjat untuk tujuan korporat dan promosi," ujar sumber agensi.

Pada tahun 2003, Robert memanjat Bank Negara Abu Dhabi di hadapan 100,000 penonton. Pada tahun yang sama dia memanjat bangunan Lloyd's of London buat pertama kalinya bersempena mempromosikan tayangan perdana filem Spider-Man dengan bayaran RM63,018 (AS$18,000) oleh Sky Movies.

Sebelum itu, Robert berkata di laman webnya, dia sudah berjaya memanjat lebih 70 bangunan pencakar langit di seluruh dunia, termasuk Empire State di New York dan Menara Sears di Chicago, Menara Eiffel di Paris dan Taipei 101 di Taiwan.

Kenapa bukan gunung?

Robert dilahirkan dengan bakat memanjat. Dia mengasah bakatnya sejak usia 12 tahun iaitu pada binaan batuan di sekeliling rumahnya di selatan Perancis.

Sebaik saja dia mula memanjat tanpa kelengkapan keselamatan, dia menemukan kebebasan dan ketagihan yang mengujakan, terutama apabila melakukannya secara solo.


ROBERT mengidam untuk menawan mercu tanda kebanggaan Malaysia ini sejak 12 tahun lalu.


Pada tahun 1993, Robert memecahkan rekod memanjat di Verdon Gorge, Perancis.

Menerima jemputan memanjat ke Chicago setahun kemudiannya untuk sebuah rakaman, lelaki yang pernah koma, patah kedua-dua lengan, tulang pelvis, hidung, menghidap vertigo dan diberitahu tidak boleh memanjat lagi kerana terjatuh dari ketinggian 15 meter pada 1982 itu, tidak lagi menoleh ke belakang.

"Bandar Chicago membuka pintu kepada sebuah dunia baru - satu rangkaian 'gunung' yang terdiri daripada keluli dan kaca," tulisnya dalam autobiografinya, With Bare Hands pada tahun 2008.


AKSI Robert dalam salah satu percubaan 'gilanya' untuk menawan Menara Berkembar Petronas pada Mac 2007.


Buat mereka yang tidak pernah memanjat bangunan, mungkin ada yang bertanya, 'Susahkah memanjat bangunan?'

"Mudah saja, dan (bangunan Lloyd's of London) tidaklah setinggi mana," ujarnya sehari selepas berjaya memanjat bangunan setinggi 92 meter itu.

Itulah kenyataan daripada lelaki yang dapat melakukan tekan tubi dengan dua jarinya sahaja!

Lelaki berketinggian 168 sentimeter dan seberat 48 kilogram itu menjelaskan, selain memakai kasut mendaki dan berbekalkan serbuk kapur, dia memanjat dengan meraba dan mencari tempat berpaut pada susur tingkap dan unjuran lain.

Namun, pendaki bebas Britain, Leo Houlding, berpendapat bangunan tinggi yang lebih rata permukaannya lebih sukar ditawan.

"Binaan pencakar langit nampak berulang tetapi itulah yang lebih membebankan tubuh. Permukaan yang rata mungkin kotor dan licin terutama di bandar-bandar tercemar," katanya yang pernah satu ketika mendapat permintaan tinggi daripada pemilik bangunan tinggi untuk memanjat bangunan mereka.

Adakah kejayaan Robert menakluk Menara Berkembar Petronas tanpa sebarang masalah, biarpun pada pagi itu cuaca di Kuala Lumpur hujan renyai, bermaksud tahap pencemaran udara di Malaysia masih terkawal?

Mengukur tahap bahaya melakukan aktiviti itu, ternyata pencapaian Robert menonjolkan kemahiran memanjat yang luar biasa.

Menjelang Disember ini, orang ramai boleh menjangkakan kelibat Robert untuk berada di puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, yang berdiri setinggi 818 meter atau 162 tingkat, yang bakal dibuka kepada orang awam tidak lama lagi.

Tiada langsung rasa takut

"Saya sudah cuba memanjat sehingga ketinggian 700 meter November lalu. Ia agak sukar. Ia lebih tinggi daripada segala bangunan yang ada di dunia," kata Robert.

Namun, kata-katanya itu tidak menandakan perasaan takutnya. "Ketika saya memanjat, saya sangat fokus sehingga tidak ada ruang dalam fikiran saya untuk berasa takut," ujarnya.


HANYA kasut mendaki dan beg berisi serbuk kapur yang menemani Robert melunaskan impiannya menakluk bangunan tinggi.


Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Dr. Suradi Salim berkata, kesan daripada kegagalan sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Spiderman itu bermotivasi untuk mencubanya lagi walaupun pernah jatuh tercedera sebelum ini.

"Apabila seseorang itu sering melakukan aktiviti memanjat, lama-kelamaan dia akan ketagih. Dalam kes ini, Robert telah beberapa kali cuba memanjat Menara Berkembar Petronas tersebut tetapi usahanya itu menemui kegagalan.

"Orang sebegini, selagi belum berjaya mendapat apa yang diinginkan, maka, dia tidak akan puas hati. Kini hasratnya sudah tercapai dan dia berbangga dengan kejayaan itu," ulasnya.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Lihanna Borhan, pula tidak terkejut dengan apa yang dilakukan Robert kerana menganggap lelaki itu sudah sudah berada di tahap tidak fobia lagi pada ketinggian.

"Bagi dia (Robert) bahaya bukan perkara utama. Ia merupakan sesuatu yang memang dicarinya. Baginya juga, perhatian daripada orang lebih berbaloi dari wang ringgit.

"Jadi, fobia terjatuh sebelum ini bukanlah masalah bagi dirinya," ujarnya.

kosmo online

;;