Minat masyarakat yang sentiasa ingin tahu cerita-cerita alam ghaib sudah menjadi trend masa kini. kalau dilihat di kaca televisyen sekarang dihidangkan dengan pelbagai drama 'hantu' sebagai satu tarikan penonton.


di dalam dunia moden yang berunsurkan ict dan pelbagai teknologi canggih, semakin canggih manusia sekarang, semakin galak unsur-unsur tahyul, karut-marut, khurafat melingkari kehidupan masyarakat. walhal unsur-unsur tersebut terang-terang menyalahi syariat Islam dan boleh membawa kepada perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.

Menyentuh mengenai unsur-unsur seram yang diaplikasikan dan dijelmakan melalui tontonan filem mahupun drama, kebanyakannya berkait rapat dengan kehidupan Melayu yang sering disinonimkan dengan Islam.

Di dalam Islam, sememangnya wujud perkara-perkara ghaibah yang wajib diketahui oleh umatnya seperti percaya adanya syurga dan neraka, malaikat dan sebagainya termasuklah kewujudan syaitan dan jin. Namun apabila perkara-perkara ghaib berkenaan dijelmakan secara visual, ia secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap umat Islam.

Apabila jelmaan hantu divisualkan dan diberi pula 'kuasa' tertentu, ia secara langsung menyalahi akidah umat Islam, yang percaya bahawa hanya Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu di atas kehendakNya sebagaimana ayat yang berbunyi kun fayakun. Malangnya, dalam kebanyakan cerita seram yang divisualkan, aspek keimanan kepada Allah tidak diberi penekanan, sebaliknya fokus kamera tertumpu kepada 'peranan hantu' yang mewujudkan ketakutan manusia kepadanya.

0 comments: